Monday 8 November 2010

MELAWAT DI SEKITAR VLADIVOSTOK, RUSSIA 1.

Ini adalah pemandangan indah di atas bukit berhampiran laut Jepun di bandaraya Vladivostok, Russia. Kelihatan Amran Sameon dari Malaysia bersama-sama delegasi dari China Taiwan, Philippina, Korea Selatan, Mexico dan Russia. Gambar bersama Amran Sameon di belakang ialah Mdm Natalie, Presiden ANC Russia.

Gambar persaorangan Amran Sameon di pemandangan di atas bukit tepi laut di Vladivostok, Russia.

Gambar persaorangan Amran Sameon di pemandangan di atas bukit tepi laut di Vladivostok, Russia.


Gambar beramai-ramai dari kiri ke kanan: Carlos (Peru), Sergei Subbotin (Russia), Jesica (Mexico), Anathasia (Russia), Ms ?? (Korea Selatan), Ponthip (Thailand), Natalie (Presiden ANC Russia), Sergei Kozlyakov (Naib Presiden ANC), Amran Sameon (Malaysia), Susan Lu (China Taiwan), Tran Vu Thach (Viet Nam), dan Maria (Philippina).

Pemandangan latabelakang landasan keretapi "Trans-Saberia: Soviet Russia dahulu yang merentasi utara benua Eropah dan utara benua Asia.

Gambar latarbelakang adalah Pelabuhan terbesar di timur Russia iaitu Pelabuhan Vladivostok, Russia.

Bersebelahan pelabuhan itu terletaknya kapal-kapal perang tentera laut (Navy) Russia bagi - navy fleet timur jauhnya, termasuk kapal-kapal selamnya juga.  

Gambar kelihatan pekerja-pekerja menunggu kenderaan awam seperti bas dan sebagainya untuk balik ke rumah setelah tamat waktu bekerja di sebelah petangnya. Ianya berada di hadapan stesyen keretapi Vladivostok, dari Moscow yang di namakan Trans-Saberia yang mengambil  masa selama 7 hari 7 malam menggunakan keretapi untuk sampai ke Moscow dari Vladivostok. Jika menggunakan kapal terbang juga agak lama, iaitu mengambil masa 7 jam penerbang sahaja.

Kelihatan di tepi jalan tersebut adalah patung Ketua Komunis Soviet Union Russia iaitu Lenin.

Kelihatan patung-patung gerakan perjuangan Komunis di Russia.

Gambar kelihatan pekerja-pekerja menunggu kenderaan awam seperti bas dan sebagainya untuk balik ke rumah setelah tamat waktu bekerja di sebelah petangnya. Gambar tidak agak jelas kerana ianya di ambil di dalam bas pelancung dan di lindungi oleh cermin bas tersebut.

Gambar ini di ambil bersebelahan kapal selam Russia yang telah di jadikan Muzium awam berhampiran Pelabuhan Tentera Laut Russia, di Vladivostok, Russia.

Gambar beramai-ramai di Taman di Vladivostok, Russia yang terdiri dari kiri ke kanan: Carlos (Peru), Anasthasia (Russia), Jesica (Mexico), ?? (Korea Selatan), Sergei (Russia), Susan Lu (Taiwan), Natalie (ANC Presiden Russia), Ponthip (Thailand), Tran (Viet Nam), Amran Sameon (Malaysia), dan Maria (Philippina). 

Gambar persendirian Amran Sameon (Malaysia) di hadapan pintu gerbang bangunan di Vladivostok, Russia.

Kelihatan gambar beramai-ramai iaitu dari kiri ke kanan: Carlos (Peru), Ponthip (Thailand), Jesica (Mexico), Amran Sameon (Malaysia), Susan Lu (Taiwan) dan Tran (Viet Nam).


Salam.......................................................................

No comments:

Post a Comment

Komen-komen yang membina adalah digalakkan. Penulis berhak tidak menyiarkan komen-komen yang berbentuk negatif. Terima kasih.