Saturday 7 February 2009

Survival.


Survival” Dalam Takrif Yang Mudah

Apa yang kita dapati sesuatu yang menarik kepada sesaorang pemimpin ialah apabila kita dapati sesaorang pemimpin itu sudi secara sukarela, mendengar apa yang hendak kita sampaikan kepadanya. Apabila kita bercakap kepada dia, dia selalunya menunggu untuk kita menyatakan sesuatu, iaitu sesuatu pekara yang dia (pemimpin) tidak tahu lagi dan ingin tahu. Orang yang mendengar (pemimpin) itu, ingin untuk belajar sesuatu yang baru yang dia tidak tahu.

Didalam soal ini kita semua perlu menjana untuk mengatasi masalah untuk bagaimana “survival”, khususnya dalam berniaga, terutama didalam keadaan krisis kewangan yang melanda ekonomi dunia sekarang.

Berbagai artikel kita boleh baca..... tetapi saya perturunkan dibawah ini, antaranya:

Disini dinyatakan bagaimana sesaorang itu untuk “survive” – Sesaorang ahli perniagaan bersama isterinya berniaga barang kemas/emas batu permata wanita, dimana mereka menjual barang kemas batu permata wanita yang bermutu tinggi. Kebanyakan pelanggan-pelanggan mereka adalah kaum hawa yang terdiri dari wanita dewasa dan wanita remaja. Pandangan mereka adalah selagi ada wanita yang mempunyai telinga, leher, tangan, jari tangan dan kaki, mereka berfikir, mereka boleh menjual sebahagian dari barang kemas – emas, batu permata wanita tersebut kepada pelanggan mereka.

Disinilah bermulanya bagaimana mereka memulakan perniagaan mereka tersebut.

Kebanyakan wanita amat menyukai jika dilihat diri mereka sangat cantik dan menawan apabila memakai barangan kemas bermutu tinggi tersebut.

Selain dari itu, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa membeli emas, permata, berlian adalah dianggap sebagai salah satu pelaburan yang bagus dan tidak merugikan.

Kalau dibaca ini, ianya mungkin berbunyi/nampak mudah sahaja, tetapi mengapa ianya perlu terlalu menyusahkan atau bermasalah?.

Dinyatakan juga, pada suatu ketika seorang usahawan industri terkemuka dari Afrika Selatan bernama Ernest Oppenheimer, pengasas “the Anglo American Corporation dan De Beers Diamonds ada menyatakan pekara yang sama juga.

Diperingkat awal sejarahnya, Oppenheimer berada dipersimpangan dalam menentukan bentuk perniagaan beliau. Dengan mempunyai modal yang kurang, Oppenheimer telah membuat keputusan samada ingin pergi secara besar-besaran kearah industri perkilangan dan pembuatan produk besi keluli, atau, melabur secara besar-besaran di lombong berlian beliau di Afrika Selatan.

Oppenheimer telah memilih untuk berlian, kerana beliau memikirkan beliau mempunyai kepercayaan terhadap berlian, disebabkan oleh jangkaan yang tepat terhadap kehendak dan naluri wanita yang ada yang mempunyai elemen-elemen ego, banggakan diri, hidung tinggi, bila memakai barangan kemas yang bernilai tinggi dibadan mereka, berbanding jangkaan terhadap permintaan bagi barangan industri di pasaran.

Selagi ada manusia di dunia ini, disitulah adanya permintaan yang memberangsangkan untuk barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh mereka.

Melihat terhadap penjualan barangan yang kita promosikan, kita sebagai peniaga, perlu:

· membuat dan menyediakan produk/barangan yang berkualiti tinggi;

· meletakkan harga yang amat berpatutan;

· mengeluar, mempunyai rekaan dan mempamerkan barangan yang begitu/amat menarik di mata pelanggan;

· menjadi sejujur-jujurnya dalam didalam menyampai/menyerahkan barangan yang dikehendaki oleh pelanggan tersebut;

· Memberi khidmat kepada pelanggan dengan dengan senyuman yang sejujur-jujurnya;

· Akhirnya, perlu sesungguh-sungguhnya menumpukan perhatian kepada “core-business” perniagaan yang ada sepenuhnya dan jangan terjadi peralihan tumpuan kepada pekara-pekara yang lain (don’t get side tracked).

Ini akan menjadikan kita dapat melalui perjalanan perniagaan kita secara lancar dan perniagaan kita akan dapat berkembang dengan baik – diharapkan.......

Kalau pun kita “apply” ianya di dalam politik (sekirnya kita seorang ahli politik) juga adalah mempunyai pekara dan cara yang lebih kurang sama sahaja.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen yang membina adalah digalakkan. Penulis berhak tidak menyiarkan komen-komen yang berbentuk negatif. Terima kasih.